Kelas saya telah mempelajari tentang mainan tradisonal Melayu . Kami sekelas dapat mencuba bermain dengan permainan seperti , batu seremban , gasing , capteh dan sebagainya .
Pada pertama kali saya mencuba bermain batu seremban , saya berasa amat keliru kerana tidak biasa main permainan ini . Namun , setelah mencuba untuk beberapa kali berturut-turut , saya dapat bermain dengan baik . Amat seronok rasanya bermain batu seremban bersama rakan-rakan !
Selapas bermain batu seremban , kami mencuba bermain gasing . Amat unik bentuk gasing . Pada mulanya , hanya ada seorang murid di kelas saya yang mahir bermain gasing . Kami mempelajari bagaimana untuk bermain gasing darinya . Amat sereonok melihat gasing itu berpusing dengan amat laju sekali . Kami sekelas berasa amat gembira .
Guru kami juga membawa capteh dan bola sepak takraw untuk kami bermain . Namun sayangnya , murid-murid perempuan tidak dapat mencuba kerana kami sedang memakai kain bukan seluar . Saya ingin sekali mencuba bermain dengan capteh dan sepak takraw .
Sampai disini sahaja masukan buat hari ini . semoga kita berjumpa lagi :)
Sekolah telah mengadakan kelas-kelas yang mengajar para belia mengenai budaya . Di dalam kelas sebegini , murid akan mempelajari tentang cabang-cabang budaya yang berbeza seperti : Tarian , penulisan , makanan , seni mempertahankan diri dan sebagainya . Murid-murid dapat membuat kajian terhadap cabang-cabang budaya itu . Dengan ini murid dapat mempelajari dan mendekati dengan budaya tersebut . Dengan itu , para pelajar mencitai budaya .
:)
Budaya Melayu . Ramai yang menyangkakan bahawa budaya ini kurang bergaya. Terutama sekali para remaja. Namun ia tidak bermakna bahawa budaya akn pupus di kalangan remaja sama sekali. Pada masa kini, sekolah-sekolah juga sedang cuba mendekati para belia dengan budaya. Saya rasa bahawa cara-cara yang dilakukan pihak sekolah, seperti mengadakan kelas-kelas budaya, menyambut hari-hari istimewa dan berdarma wisata ke luar negara juga dapat membantu memupuk minat di kalangan remaja.